Sunday, June 30, 2013

Wajib Tahu: Kenali Air Ketuban



Lazimnya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna. Walau bagaimanapun, warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.
Antara sifat lain air ketuban ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau hancing seperti air kencing. Memandangkan sifatnya adalah cecair, ia akan membasahi seluar dalam dan boleh meleleh menuruni kedua-dua belah paha jika terpecah. Hal ini berlaku terutamanya apabila anda berdiri selepas berbaring, kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu dalam keadaan baring.
Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

1 comment:

  1. Hadapi masalah untuk hamil? Susu ibu kurang selepas melahirkan anak? Mungkin pemakanan vitamin dapat membantu? Mana tahu? Kita ikhtiar..http://shakefood4u.blogspot.com

    ReplyDelete