Saturday, May 12, 2012

Tips Kurangkan Loya & Muntah Ketika Hamil


“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan. Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas  tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan. Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi. Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip untuk kurangkan simptom
Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini :- 
1. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit

2. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.

3. Hindarkan diri dari wangian

4. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.

5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya

6. Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.

7. Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.

Friday, March 16, 2012

Perkara perlu dielakkan ketika hamil



1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.
Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Sunday, March 11, 2012

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Wednesday, February 8, 2012

Tips Tambahan Untuk Kurangkan Loya & Muntah Semasa Hamil


Cara pertama...

Minum sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari untuk mengantikan balik bendalir yang hilang tu di samping boleh jugak mengelakkan sembelit.

Yang kedua...
Jauhkan dari bau-bauan yang boleh menyebabkan anda muntah.

Yang ketiga...
Kalau time mengandung ni ada yang selalu perut masuk angin kan... so cubelah makan makanan yang berhalia untuk buang angin tu.

Yang keempat...
Makanlah asam... atau hidu buah limau / lemon... atau pun minum jusnye.